Iklan Berbayar

leaderboard2 denaihati Banner





Wednesday, August 6, 2008

Persoalan Pemikiran Kreatif

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Gambar dari:Creativity Easy

Semalam, saya bawakan beberapa teori daripada pengkaji pemikiran yang mengatakan sememangnya dalam diri setiap individu mempunyai pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif merupakan pemikiran yang kita lakukan setiap hari seperti pemikiran jenis lain juga.

Apakah perbezaan pemikiran kreatif dengan pemikiran yang lain itu? Abdullah dan Ainon mengatakan pemikiran kreatif ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut. Gaya pemikiran kreatif menghasilkan pelbagai kaedah atau cara untuk melakukan sesuatu.

Matlamat menggunakan gaya pemikiran kreatif ialah untuk menghasilkan pelbagai persepsi, konsep, idea, cara menyelesaikan masalah, cara meleraikan konflik, rekacipta, strategi dan taktik, prosedur kerja, teori, hipotesis, peraturan, hasil perundingan dan sebagainya.

Contoh perkara yang ditimbulkan apabila berfikiran kreatif ialah:
  • kita perlukan idea baru!
  • ada atau tidak cara yang lain?
  • cuba cari kaedah yang lebih mudah.
  • ada atau tidak cara lain untuk menerangkan perkara ini?
  • tolong fikirkan kemungkinan lain?
  • kita tidak mahu lagi cara penyelesaian yang lama
  • cari ini belum dicuba lagi
  • tentu ada cara lain
Sumber:

Munir Shuib dan Azman Azwan Azmawati (2001). Pemikiran Kreatif. Selangor: Prentice Hall

Marilah kita menuntut ilmu dan beramal...

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.

0 comments:

Labels

Santai Ilmu (116) Kata Hikmah (89) Motivasi (71) Buku (50) Pesanan (38) Cerita (35) Hati (31) Belajar (19) Membaca (17) Nasihat Agama (17) Download (13) Berfikir (11) Kitab (11) Muslimah (10) Video Motivasi (10) Keluarga (7) Khat (6) Kisah Teladan (6) Tauhid (4) Promosi (3) Statistik (3) Isu Semasa (2) Fahaman (1) Muslimin (1)

Ping Busuk

Banner

blogr.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger